Friday, December 31, 2010

kisah sehari sebelum tahun baru

rasa mcm sekejap ja masa berlalu.wooo...wooo..tinggal brapa jam lagi na masuk tahun 2011..
memandangkan hari neh cuti, aku pun menyettlekan semua perkara sebelum aku mula bercuti
panjang minggu hadapan2..:P

aku mula  dengan basuh2 kereta..basuh2 kain..last kali pg pam tayar kat stesen minyak
apa yang buat aku confiussssszzz sgt tiap kali aku turun kereta..aku rasa mcm byk mata yang
tgok...aku pakai spenda kat luar ka sampai semua tgok mcm aku neh alien..padahal pagi tadi aku kemas je..tapak pertama di giant..aku masuk giant je semua mata dok tgk..aku pun cepat2 blah setelah barang yang di cari tak di  temui..
perjalanan seterusnya ke servay batu 4 bandar kim fung..aku masuk je semua mata dok bertumpu..sure aku tak pakai spenda terbalik...aku tgok baju pun tak terbalik..elok seloknya..
malas aku na pikir aku terus ja blik rumah..


kesimpulannya: tak pernah ka tgok org ensem shopping...tak pernah ka tgok org ensem beli barang dapur.....grgrgrrrrr......

Thursday, December 30, 2010

daging kunyit di hujung tahun

tgh dok pikir2 cam ne na bagi betul kaki meja jepun(kaki meja milik si ayien) yang bengkok akibat kecergasan aku yang sgt melampau lepas je malaysia menang main bola semalam..tiba2 aku dapat msg

"bb ajar wat daging kunyit sat"

ehehe..aku pun blurr..gelak2 je..tapi tak blh gelak2 mcm hantu nanti dia merajuk pula..
aku akui mmg dia neh jenis tak brapa gemar dgn dapur..apa yang aku tahu..smua sifat dan sikap kitaorg saling bertentangan....aku pandai masak..dia sebaliknya...bagi apa je kerja yang kasar..yang dia lah juaranya..
jadi aku rasa,walaupun semuanya bertentangan tapi kitaorg serasi utk bersama...saling melengkapi walaupun tidak pada tempat yang sepatutnya....

aku pernah cakap kat dia dulu

"walau jauh mana jarak kita, walau berbezanya budaya kita, walau berbeza aliran kita, walau bertentangan skalipun sifat2 kita...sy akan selalu mencintai kamu..."



p/s : dah siap dah daging masak kunyit??

Wednesday, December 29, 2010

Tragedi Dan Memori 2010

01.01.2010
aku baru je habis blajar..dan baru terasa betapa rasa bersalahnya jadi penggangur dan mengharapkan org tua mengisi perut kita sampai kenyang.

15.01.2010
menerima surat tawaran kerja dari SPA.

26.02.2010
menerima surat penempatan utk bekerja.
Tempat : Klinik Kesihatan Ulu Dusun (dammmmm!ulu!!)

27.02.2010.
Incik Kancil buat hal.perjalanan ke sandakan terpaksa di tundakan.kereta masuk workshop ganti radiator.

01.03.2010
melapor diri di pejabat kesihatan kawasan,penempatan sementara di kLinik Kesihatan Sandakan.Bermula lah perjalanan kehidupan berdikari sebagai medical laboratory technologist.

23.04.2010
mendapat gaji yang pertama!!yahooooooo!! around 4K lebih.

08.05.2010
accident di u-turn city club. incik kancil di langgar oleh scooter...dan penunggang scooter adalah incik polis.mamposh!but yang tak bestnya mcm mana kementerian boleh lantik dia jadi polis.siap boleh ugut2 aku masuk penjara kalau tak bayar motornya..then bila kitaorg na lapor kat ketua dia..dia takut pula.mmg polis hampeh.kancil masuk bengkel selama 3 minggu.masa ni blajar naik bas.kawan2 semakin bertambah.

18.08.2010
bermula lagi kehidupan baru di klinik kesihatan ulu dusun.tiada yang menarik.sebab nothing.zero.then aku pelan2 buka makmal.order barang skit2 dari makmal pusat.(skrg kiranya boleh di katakan lengkap dan teratur) mmg lone ranger...sebab aku sorang kena buat semua2.just pegang apa ketua aku cakap. "bukan semua budak baru akan dpt pengalaman set makmal sendiri.tgok senior staff di sini.belum ada satu org pun yang ada pengalman mcm kamu."

09.11.2010
accident skali lagi...malam.gelap.malam keluar na undur kereta.ntah kereta sial mana boleh pula suka hati parking atas jalan.if di tepi jalan..maybe boleh di maafkan.ni betul2 atas jalan...terbang lagi duit....


29.12.2010
dah mula boleh bekerja bersendirian di makmal.kawan2 juga makin banyak.tak pernah terfikir utk berkawan dengan bidan dan nurse...tapi segalanya berubah di sini...self confident makin tinggi utk bersuara utk staff bawahan yang kerja tak berdisiplin.



ni antara suka duka sepanjang tahun 2010.aku harap bintang aku akan bersinar tahun depan.jauhkan lah dari pekara yang tidak di ingini.semoga tuhan memurahkan rezeki aku,dan berikan ketenagan utk setiap apa yang bakal aku lalui.utk si dia...selamat tahun baru...cinta kita melangkah utk tahun yg baru..tutup buku lama...kita buka buku baru.. :-)

Friday, December 24, 2010

1) Apakah jenama telepon bimbit yg anda gunakan sekarang?
    a) Nokia
 

2) Apakah jenama komputer riba yang anda gunakan sekarang?
   -asus

3) Apakah jenama kamera digital yang anda gunakan sekarang?
    a) Nikon
  
4) Apakah saluran jalur lebar yg anda gunakan sekarang?
    d) Celcom

5) Apakah jenama pakaian yg anda selalu beli sekrang?
    -tidak memandang jenama.asal cantik dan selesa
  
6) Di manakah restoran/cafe yg selalu anda singgah untuk makan?
    d) KFC
   
7) Di manakan gedung membeli belah yg selalu anda kunjungi?
    c) Giant
 

8)  Apakah saluran radio tempatan yg selalu anda dengar?
    a) HotFm

9) Apakah saluran TV tempatan yg selalu anda tonton?
      j) Astro Citra
   
10) Apakah jenama pewangi badan yg anda gunakan sekarang?
     -clinique happy(for men)
    
11) Apakah jenis bahan bacaan yang anda selalu baca
     p) Mastika
   

Monday, December 13, 2010

ngidam..

hari ni baru berkesempatan na menulis blog.
dua hari bekerja keras utk kem kesihatan yang di anjurkan rasa macam na tercabut
semua tulang yg ada..
bukan setakat tulang..mulut aku pun dah ber'ulcer sebab terlalu panas..migrain..mcm na pecah semua2nya..gara2 na dptkan claim off aku sanggup biar sakit..tapi mmg aku tak puas hati jugalah dasar yang diorg bagi neh...dtg kem kesihatan sabtu ahad,dpt claim off sehari...dtg ahad je,pun dpt sehari. not fair sungguh..tapi apa na buat..stil newbie..tunggulah kalau aku dah kerja setahun...

berbalik kepada keterasaan kitidak sihatan badan..saat2 mcm neh aku teringin sgt na makan ayam goreng perap..cara na buat mcm neh

paha ayam- 1 ketul di potong2 ikut suka hati
bawang putih- di lumat
sos tiram- mesti keluaran Magee
lada hitam- 1 plastik kecik,beli kat kedai cina depan rumah

mula2 ayam dipotong dan cuci..pastuh lumur dengan bawang putih..letak sos tiram sampai likat..lepas tuh etak lah lada hitam...na sedap tambah gula skit...
lepas tuh goreng...



p/s : semoga bila bangun pagi esok semuanya terhidang di atas meja....cepat2 lah pergi demam ku......masa utk kembali bekerja....

Thursday, December 9, 2010

rasa utk hari ini

  1. rasa terbiar
  2. rasa terpinggir
  3. rasa tersisih
  4. rasa penat
  5. rasa na ngamuk
  6. rasa na kuat makan
  7. rasa na memaki
  8. rasa tak sempurna
  9. rasa na cari gaduh
  10. RASA TIDAK DI CINTAI 
cepat2 hari ni berakhir.

Thursday, December 2, 2010

50-50

dekat2 jam 11 tadi,aku terima seorg pesakit.remaja.umur dlm 16 tahun lagi.perempuan.datang bersama ibunya dan adik yang masih dlm kendongan.then bila aku tgok borang request order test tertulis TRO PTB, maksudnya patient neh suspek penyakit TB(tubercolosis=penyakit batuk kering).waktu tuh aku tgh santai2..dgn kedatangan pesakit yang mengejut neh,mana aku sempat na capai mask..lagi pun berdasarkan pengalaman lalu..kebanyakkan pesakit yang aku terima adalah negative. aku pun lanjutkan je semua prosedur yang perlu.
before aku bagi arahan pesakit neh utk balik,ibunya dtg jumpa aku dan kata
"kalau esok kami dtg hantar kahak lagi,perlu bayar RM15 lagi??"

baru aku sedar pesakit aku neh bukan warganegara..atas rasa simpati aku cadang diorg direct terus pg makmal dan jgn pergi pendaftaran.kesian juga.walaupun diorg neh kaki membuat onar kat bumi sabah neh,dr sudut kemanusian kita kena bertolak ansur.

dah siap2 aku buat sputum(kahak) pesakit tadi..tiba masanya aku screening..OMG!!! rupanya budak neh positif 3+...tahap paling tinggi utk seorg pesakit TB..tiba2 aku jadi blur..sudahlah td kitaorg direct contact bercakap2 without protection..aduhai.. rupanya medical assistant yang request order test neh pun dua kali lima juga..direct contact without protection..muahahahah...well..apa yang kitaorg boleh buat just wait n see dalam masa 2 minggu..if kitaorg dpt simptom yang sama..terpaksalah kitaorg lalui rawatan TB..

org pertama yang aku bagitau siapa lagi kalau bukan dia..habis aku kena marah..kena bebel...apa yg aku boleh kata "minta maaf syg.ni janji yg last pasni janji akan pakai mask"

bukan apa...aku bagitaw skrg..sebab aku takut if kalau aku bagitaw bila dah terkena lagi lah aku kena.. :) heheheh..tapi bila di fikirkan balik..2 bulan aku di makmal TB sandakan..belum pernah pula aku terkena TB..walhal everday aku akan dpt sampel kahak yang positif..jadi aku harap sgt kali neh aku bertuah sekali lagi.......


wish me luck.


p/s: kesimpulan...kalau rawat pesakit anda...amalkan lah protection yang betul.anggaplah semua pesakit itu membawa virus dan kuman yang sgt merbahaya..walau cuma demam dan batuk biasa...