01.01.2010
aku baru je habis blajar..dan baru terasa betapa rasa bersalahnya jadi penggangur dan mengharapkan org tua mengisi perut kita sampai kenyang.15.01.2010
menerima surat tawaran kerja dari SPA.26.02.2010
menerima surat penempatan utk bekerja.Tempat : Klinik Kesihatan Ulu Dusun (dammmmm!ulu!!)
27.02.2010.
Incik Kancil buat hal.perjalanan ke sandakan terpaksa di tundakan.kereta masuk workshop ganti radiator.01.03.2010
melapor diri di pejabat kesihatan kawasan,penempatan sementara di kLinik Kesihatan Sandakan.Bermula lah perjalanan kehidupan berdikari sebagai medical laboratory technologist.
23.04.2010
mendapat gaji yang pertama!!yahooooooo!! around 4K lebih. 08.05.2010
accident di u-turn city club. incik kancil di langgar oleh scooter...dan penunggang scooter adalah incik polis.mamposh!but yang tak bestnya mcm mana kementerian boleh lantik dia jadi polis.siap boleh ugut2 aku masuk penjara kalau tak bayar motornya..then bila kitaorg na lapor kat ketua dia..dia takut pula.mmg polis hampeh.kancil masuk bengkel selama 3 minggu.masa ni blajar naik bas.kawan2 semakin bertambah.
18.08.2010
bermula lagi kehidupan baru di klinik kesihatan ulu dusun.tiada yang menarik.sebab nothing.zero.then aku pelan2 buka makmal.order barang skit2 dari makmal pusat.(skrg kiranya boleh di katakan lengkap dan teratur) mmg lone ranger...sebab aku sorang kena buat semua2.just pegang apa ketua aku cakap. "bukan semua budak baru akan dpt pengalaman set makmal sendiri.tgok senior staff di sini.belum ada satu org pun yang ada pengalman mcm kamu."09.11.2010
accident skali lagi...malam.gelap.malam keluar na undur kereta.ntah kereta sial mana boleh pula suka hati parking atas jalan.if di tepi jalan..maybe boleh di maafkan.ni betul2 atas jalan...terbang lagi duit....29.12.2010
dah mula boleh bekerja bersendirian di makmal.kawan2 juga makin banyak.tak pernah terfikir utk berkawan dengan bidan dan nurse...tapi segalanya berubah di sini...self confident makin tinggi utk bersuara utk staff bawahan yang kerja tak berdisiplin.ni antara suka duka sepanjang tahun 2010.aku harap bintang aku akan bersinar tahun depan.jauhkan lah dari pekara yang tidak di ingini.semoga tuhan memurahkan rezeki aku,dan berikan ketenagan utk setiap apa yang bakal aku lalui.utk si dia...selamat tahun baru...cinta kita melangkah utk tahun yg baru..tutup buku lama...kita buka buku baru.. :-)